Interaksi 1


TAJUK 1

Penggunaan Enjin Pencari untuk Bahan Bahasa Melayu

 

KANDUNGAN TAJUK 1:

Penggunaan Enjin Pencari untuk Bahan Bahasa Melayu

1.1 Menilai dan menggunakan Enjin  Pencari yang sesuai untuk penggunaan   bilik darjah

1.2  Menggunakan fitur web, video, audio,   dan imej

1.3  Menggunakan kata kunci dan frasa  yang sesuai untuk mendapatkan bahan untuk pengajaran dan pembelajaran   bahasa Melayu.

1.4  Menyimpan bahan dalam bentuk perkongsian fail Internet melalui penanda laman web (bookmarks)

1.5  Mengumpul dan mengkategorikan bahan audio, video, grafik dan teks.

1.6  Mengumpul bahan daripada Internet ke   dalam folder berdasarkan kemahiran    bahasa.

1.7  Berkongsi bahan dalam talian secara   pengkomputeran awan (cloud    computing) 

1.8 Berkongsi bahan secara usaha kolaboratif melalui penggunaan  penanda sosial (social bookmark)

 

1.1 Menilai dan menggunakan Enjin  Pencari yang sesuai untuk penggunaan   bilik darjah

Enjin pencari (search engine) ialah sistem yang dibangunkan bagi membantu kita untuk mendapatkan maklumat dalam sebuah jaringan besar seperti World Wide Web, rangkaian kecil seperti LAN atau dalam komputer peribadi. Enjin carian ialah sebuah pangkalan data yang menyimpan pautan-pautan laman web, kata kunci atau frasa. Cara enjin carian ini berfungsi, apabila anda menaip kata kunci seperti “kata nama” pada Google, Yahoo atau MSN, maka enjin carian akan mencari maklumat berpandukan pada kata kunci yang dimasukkan. Semua laman web, yang menggunakan kata kunci “kata nama” akan dipaparkan. Bahan atau  hasil carian boleh terdiri daripada teks, audio, video atau grafik.  Hasil carian akan dipaparkan dalam SERP (Search Engine Results Page) atau hasil muka carian dalam enjin carian.

Penilaian terhadap enjin pencari oleh seseorang pengguna bergantung kepada beberapa faktor, antaranya ialah cepat dan mudah untuk mencari maklumat, mempunyai ciri-ciri yang canggih dan mesra pengguna, paparan yang sederhana dan tidak terlalu kompleks, kekerapan penggunaan oleh pengguna internet, kelajuan enjin pencari mencari bahan yang dicari dan kemudahan untuk akses dan muat turun bahan. Rajah 1.1 menunjukkan contoh-contoh enjin pencari yang terkenal.

Rajah 1.1: Enjin pencari

 

1.2   Menggunakan fitur web, video, audio,   dan imej

 

World Wide Web atau WWW atau lebih dikenali sebagai web merupakan perkhidmatan internet yang paling popular. Web merupakan satu perkhidmatan yang menghimpun maklumat. World Wide Web (www atau web) merupakan bahagian internet yang sering digunakan untuk mendapatkan maklumat.Lazimnya web mempunyai hiper pautan (hyperlinks) teks, imej grafik, audio dan video. Setiap halaman web mempunyai alamat yang unik. Alamat ini dikenali sebagai Uniform Resource Locator (URL). Setiap URL mengandungi dua bahagian utama iaitu protokol dan nama domain. Protokol yang lazim digunakan ialah https://, iaitu singkatan HyperText Transfer Protocol contohnya, untuk mendapat maklumat tentang Kementerian Pendidikan Malaysia, taip sahaja alamat https://www.moe.gov.my/ dalam enjin pencari seperti Google. Pengguna boleh mendapatkan bahan video melalui enjin pencari Google video atau pencari Yahoo video.

 

1.3           Menggunakan kata kunci dan frasa  yang sesuai untuk mendapatkan bahan untuk pengajaran dan pembelajaran   bahasa Melayu.


Penggunaan kata kunci atau frasa yang sesuai sangat penting untuk mencari bahan pembelajaran dalam internet. Kata kunci hendaklah ditaip dalam ruangan enjin pencari seperti yang ditunjukkan oleh Rajah 1.2:

 

1.4  Mengumpul bahan daripada Internet ke dalam folder berdasarkan kemahiran    bahasa.

 

Pengumpulan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran juga boleh dibuat secara sistematik berdasarkan kemahiran bahasa ke dalam folder di dalam komputer pengguna. Bahan-bahan yang telah dimuat turun disimpan di dalam folder-folder yang telah disediakan seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.5.

 

  Rajah 1.5: Penyimpanan bahan-bahan dalam folder berdasarkan kemahiran bahasa

 

1.5   Berkongsi bahan dalam talian secara  pengkomputeran awan  (cloud computing) 

 

Pengguna internet juga boleh menyimpan dan berkongsi bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran secara pengkomputeran awan yang boleh dicapai melalui pelayar web, manakala  bahan atau datanya disimpan di pelayannya. Teknologi ini membolehkan pengguna tidak hanya bergantung kepada komputer tertentu sahaja atau tempat tertentu sahaja, sebaliknya boleh menggunakan mana-mana komputer atau peranti mudah alih lain asalkan terdapat capaian internet. Pengkomputeran awan adalah proses yang membolehkan anda menggunakan internet sebagai tempat untuk menyimpan segala data peribadi sama ada dokumen, gambar, klip lagu, rakaman suara mahupun video. Contoh aplikasi teknologi ini ialah 4share, Google apps, PIXLR, dropbox, live documents, slideshare dan sebagainya. Rajah 1.6 menunjukkan jenis-jenis aplikasi cloud yang terdapat dalam Google aps.

1.7  Berkongsi bahan secara usaha kolaboratif melalui penggunaan  penanda sosial (social bookmark)

 

Penanda sosial (social bookmarking) ialah satu kaedah bagi pengguna internet untuk mengorganisasi, menyimpan, mengelola, dan mencari penanda sumber yang tersedia secara online. Penanda sosial (social bookmarking) merupakan teknologi terkini yang membolehkan penyimpanan dan perkongsian bahan secara kolektif secara atas talian. Ia menjadi tapak sebagai penanda kepada laman web, maklumat peribadi, berita, gambar, video, muzik dan sebagainya bagi memudahkan pengguna mengaksesnya dan berkongsi dengan pengguna lain secara atas talian. Rajah 1.7 menunjukkan contoh penanda sosial yang terkenal.