Refleksi

Assalamualaikum w.b.t.
 
         Alhamdulilah dan syukur kepada Allah SWT atas segala nikmat dan kurnianNya atas kejayaan saya untuk memnyiapkan tugasan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu  berasaskan komputer . Dalam pembelajaran ini saya mendapat perlbagai imu dan pengetahuan baru tentang pengajaran dan pembelajaran abad ke-21. Saya juga berterima kasih kepadadua pensyarah saya iaitu Tn Haji Latib dan En Azam di atas kesediaan mereka untuk mencurahkan ilmu yang dipelajari.
 
        Dalam subjek pegajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu berasaskan komputer ini saya belajar cara hendak membuat laman web webnode yang boleh digunakan untuk menyediakan bahan-bahan PdP semasa di sekolah nanti. Saya juga belajar bagaimana hendak memindahkan code url (html) dari laman sesawang blog lain untuk dibawa ke dalam webnode kita. Dalam subjek ini juga diajar untuk membuat persembahan power point secara menyeluruh dan bagaimana untuk menambah power point supaya lebih nampak interaktif dan menarik. En azam dan Tn Hj Latip banyak memberi tunjuk ajar untuk membuat courseware dari beberapa pelayar seperti 'potato' bagi menyediakan bahan pengajaran. Juga cara membuat survey melalui google drive dan docs yang mana pada saya amat berguna kerana kita boleh menggunakan sebagai soalan atau pon tinjauan kepada para pelajar apabila berada di sekolah kelak.Data yang diperoleh juga boleh terus disimpan di dalam maya.
        
       Semoga segala ilmu yang dipelajari di Institut Pendidikan Guru Pulau Pinang ini dapat memberi manfaat kepada saya dan akan diamalkan sepanjang hidup.Terima kasih juga kepada rakan-rakan sekuliah, keluarga dan pihak sekolah yang banyak membantu saya untuk saya terus mendalami ilmu di di sini. Sekian Terima kasih.